Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangsa nahas udara dibayar pampasan AS$150,000

    TEHRAN, 31 DIS – Iran akan membayar pampasan bernilai AS$150,000 kepada 176 keluarga mangsa nahas udara pesawat Ukraine yang terhempas berhampiran lapangan terbang Tehran Januari lalu, lapor agensi Anadolu.

    Kabinet semalam memberikan kelulusan mereka untuk pembayaran pampasan itu ‘secepat mungkin’ menjelang ulang tahun pertama nahas berkenaan.

    Pesawat Ukrainian International Airlines PS752 terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini Tehran pada 8 Januari.

    Awalnya, pihak berkuasa Iran menafikan peluru berpandunya menembak jatuh pesawat penumpang itu. Iran kemudian mengaku tenteranya tersilap dan tertembak pesawat malang berkenaan.

    Sebilangan besar mangsa terdiri warga Kanada berketurunan Iran.

    Wakil presiden Iran untuk urusan undang-undang, Laaya Joneidi, berkata bayaran pampasan akan dibuat berdasarkan dokumen rasmi dan sebelum ulang tahun pertama kejadian.

    Menteri Jalan Raya dan Pembangunan Bandar Iran Mohammad Eslami telah ditugaskan untuk menyerahkan pampasan itu kepada keluarga mangsa. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda