Wednesday, October 23, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangsa papan luncur Itali diberi penghormatan

    JAKARTA, 22 OKT – Penghormatan telah diberikan kepada seorang pemain papan luncur Itali selepas dia diserang oleh ikan todak yang telah menikam dadanya dan kemudian menyebabkannya maut di luar pantai barat Indonesia.

    Giulia Manfrini, 36, sedang bermain papan luncur apabila dia diserang oleh ikan tersebut di kepulauan Mentawai di luar pantai pulau Sumatera minggu lalu.

    “Dia sedang meluncur di perairan Pulau Masokut. Seekor ikan todak tiba-tiba melompat dan menikam dadanya,” kata Pemangku Ketua Agensi Mitigasi Bencana Mentawai, Lahmudin Siregar, kepada AFP hari ini.

    “Dia telah dibawa ke klinik kesihatan berhampiran akan tetapi tidak dapat selamatkan,” tambahnya.

    Lahmudin berkata kepada agensi berita negeri Antara, ikan todak itu telah menyebabkan kecederaan sedalam lima sentimeter.

    Pihak resort di tempat Manfrini menginap berkata, dia suka meluncur di kawasan tersebut. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda