Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Mangsa penipuan kerja di Kemboja diselamatkan

    SEPANG, 9 SEPT – Seramai 24 orang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran pekerjaan di Phnom Penh, Kemboja berjaya diselamatkan dan kembali ke tanah air hari ini.

    Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, yang berada di Phnom Penh untuk lawatan kerja, membawa pulang kesemua mereka yang berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun itu dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) melalui pesawat AK0539 pada kira-kira 4:50 petang tadi.

    Beliau berkata 29 lagi rakyat Malaysia masih berada di depoh imigresen di Kemboja kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah ketika memasuki negara berkenaan dan merekaberada dalam keadaan selamat. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...