Wednesday, April 30, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangsa rumah terbakar terima bantuan derma, makanan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 APRIL – Dayang Azizah binti Hj Ahad @ Hj Jumat selaku ketua keluarga mangsa kebakaran, Kampung Kulapis Mukim Sengkurong Daerah Brunei dan Muara kelmarin telah menerima Derma Bantuan dari Tabung Amal Jabatan Daerah Brunei dan Muara petang kelmarin.

    Majlis penyampaian yang berlangsung di kediaman mangsa disempurnakan oleh Penghulu Mukim Sengkurong, Dr Haji Abdullah Hanif bin OKM Dinda Haji Saman, selaku wakil Jawatankuasa Tabung Amal Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

    Turut hadir ke majlis penyampaian berkenaan adalah Pemangku Ketua Kampung Kulapis, Awang Yushahril bin Hj Abd Rahman.

    Mangsa turut menerima bantuan berupa catuan makanan asasi daripada Pihak Jabatan Pembangunan Masyarakat.

    Kejadian kebakaran telah berlaku pada hari Isnin, 28 April yang lalu pada kira-kira jam 5:30 petang. Pada masa ini mangsa-mangsa kebakaran tinggal bersama keluarga terdekat untuk sementara waktu.

    Dr Haji Abdullah Hanif menyampaikan bantuan kepada mangsa, Dayang Azizah.
    Keadaaan rumah yang terbakar. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JDBM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda