Mangsa selamat COVID-19 derma plasma darah

DAEGU, KOREA SELATAN, 28 OGOS – Hampir 200 mangsa yang selamat dari COVID-19 di Korea Selatan yang dipersalahkan sebagai penyebab awal penularan wabak di negara itu menderma plasma darah hari ini untuk membantu penyelidikan rawatan, ketika kumpulan itu berusaha menebus diri mereka sendiri.

Para saintis telah menunjukkan potensi rawatan menggunakan plasma darah yang mengandungi antibodi terhadap virus dari individu yang telah pulih dari COVID-19.

Kumpulan besar dari Gereja Shincheonji, sering dikecam sebagai punca kepada penularan wabak.

Itu adalah penyebab awal wabak penularan negara itu yang menurut Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC) dikaitkan dengan lebih daripada 5,000 kes virus di negara itu.

Sepanjang seminggu lebih daripada 1,000 anggota Shincheonji menderma plasma. Hari ini sekitar 160 dari mereka menyumbang kepada Bulan Sabit Merah Korea di Daegu.

Shincheonji telah meminta maaf kerana menimbulkan banyak kebimbangan kepada rakyat Korea, kata sekta itu dalam satu kenyataan.

Penderma Park Mi-kyung, 56, yang dibebaskan dari rumah sakit pada bulan Mac, mengatakan kepada AFP, “Sekarang virus ini menular lagi, saya harap penawarnya dapat dicari segera.”

Korea Selatan melaporkan 371 kes baharu hari ini, hari ke-15 berturut-turut. – AFP

Kakitangan perubatan mengambil sampel ujian COVID-19 di stesen ujian virus di Seoul pada 26 Ogos. Hampir 200 mangsa yang selamat dari COVID-19 di Korea Selatan dipersalahkan sebagai punca awal penularan wabak negara itu menderma plasma darah untuk membantu penyelidikan rawatan, kelmarin. – AFP