Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangsa tanah runtuh di China meningkat 32

    BEIJING, 29 Ogos 2017 – Bilangan mereka yang hilang selepas kejadian tanah runtuh melanda berpuluh-puluh rumah di barat daya China telah meningkat kepada 32 orang, kata pihak berkuasa hari ini.

    Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan tujuh cedera dalam kejadian tersebut semalam di sebuah bandar di bandar Bijie di wilayah Guizhou, menurut laporan berita rasmi kerajaan tempatan.

    Pencarian itu berterusan, katanya, sambil menambah penyelamat menjalankan usaha bantuan bagi penduduk tempatan yang terlibat.

    Rakaman yang dimuat turun di akaun Twitter pada hari Isnin menunjukkan sisi bukit runtuh, dengan kotoran melintasi pinggir bandar tatkala orang ramai menjerit akibat ketakutan.

    Pihak berkuasa kebangsaan telah mengeluarkan respons kecemasan gred-IV untuk Bijie, yang paling rendah dalam sistem peringatan empat peringkat.

    Anggota penyelamat ketika meneruskan operasi mencari mangsa di tapak kawasan tanah runtuh di bandar Bijie di wilayah Barat daya Guizhou China pada 29 Ogos 2017. – AFP

    Penetapan itu memerintahkan laporan kerosakan harian dan peruntukan wang dan bantuan dalam masa 48 jam.

    Tanah runtuh merupakan sesuatu kejadian yang kerap berlaku di kawasan luar bandar dan pergunungan China, terutamanya selepas hujan lebat.

    Pada bulan Jun dan Ogos tanah runtuh besar-besaran di wilayah barat daya Sichuan membunuh lebih daripada 30 dan sebahagiannya hilang.

    Pada bulan Julai, lebih daripada 60 orang terbunuh akibat tanah runtuh dan banjir di wilayah tengah Hunan. Sebanyak 1.6 juta orang dipaksa keluar dari rumah mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda