Thursday, February 13, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangsa taufan di Vietnam meningkat

    HANOI, Vietnam, 6 Nov – Ribut taufan kuat yang melanda Vietnam telah membunuh sekurang-kurangnya 44 orang, meninggalkan lebih satu dozen orang hilang dan menyebabkan kerosakan teruk di rantau selatan tengah negara sebelum sidang kemuncak yang akan menarik pemimpin-pemimpin dari seluruh dunia, kata kerajaan hari ini.

    Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Vietnam berkata dalam satu kenyataan bahawa banjir dilaporkan di rantau itu dan lebih daripada 116,000 rumah telah dimusnahkan atau dirosakkan.

    Selain daripada mangsa yang terkorban, 19 orang masih hilang, termasuk sembilan orang anggota krew kapal kargo yang tenggelam di luar pantai wilayah Khanh Hoa.

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda