Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangsa tembakan di Tebing Barat dikebumikan

    SHILO, WILAYAH PALESTIN, 21 JUN – Rakyat Israel dan Palestin hari ini telah mengadakan majlis pengebumian bagi para remaja yang terkorban dalam serangan tembakan yang menyasarkan warga Israel dan serbuan tentera ke atas bandar Palestin, sementara keganasan berterusan di Tebing Barat yang didiami para penduduk wilayah tersebut.

    Para penduduk berkumpul di penempatan Israel di Shilo mengelilingi mayat Nahman Mordof yang berusia 17 tahun yang terkorban kejadian tersebut.

    Remaja itu adalah salah seorang daripada empat warga Israel yang terbunuh semalam apabila lelaki bersenjata menyerang sebuah stesen minyak bersebelahan dengan penempatan Eli berhampiran sebelum dia ditembak mati.

    Enam lagi rakyat Palestin, termasuk seorang budak lelaki berusia 15 tahun dan seorang militan, terbunuh dalam serbuan itu.

    Jurucakap kumpulan militan Palestin Hamas, Hazem Qassem, menyifatkan serangan semalam terhadap Israel sebagai ‘tindak balas terhadap jenayah pendudukan (Israel)’ di Jenin dan tempat lain. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda