Wednesday, March 12, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangsa tembakan saman Walmart

    ANKARA, 30 NOV – Seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian tembakan beramai-ramai di sebuah pasar raya Walmart di Virginia AS minggu lepas, menyaman syarikat itu, lapor agensi Anadolu.

    Donya Prioleau yang memfailkan tuntutan AS$50 juta pada Selasa di mahkamah Virginia mendakwa beliau dan pekerja lain telah memberi amaran kepada pengurusan Walmart mengenai penyerang, namun tiada tindakan diambil.

    Prioleau berkata beliau bertugas sebagai penjaga stok di sebelah malam bersama Andre Bing, lelaki yang dituduh membunuh enam rakan sekerja pada 22 November apabila melepaskan tembakan di bilik rehat Walmart di Chesapeake sebelum membunuh dirinya sendiri.

    Dalam tuntutannya, Prioleau mendakwa mengalami kecelaruan stres pasca trauma termasuk tekanan fizikal dan emosi akibat menyaksikan kejadian itu. Beliau turut menyenaraikan tanda-tanda membimbangkan pada penyerang yang didakwa Prioleau gagal ditangani oleh pengurusnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda