Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangsa terakhir ditarik keluar dari hotel kuarantin

    BEIJING, 12 MAC – Jumlah kematian akibat runtuhan kemudahan kuarantin koronavirus di timur China telah meningkat kepada 29 orang hari ini ketika mangsa terakhir ditemui daripada runtuhan tersebut, kata pihak berkuasa.

    Puluhan orang telah diselamatkan daripada runtuhan hotel Xinjian enam tingkat di bandar pesisir Quanzhou, yang runtuh pada malam Sabtu.

    Lebih 40 cedera dalam kemalangan tersebut, dengan 27 ditemui mati dalam runtuhan dan dua mati kemudian akibat kecederaan yang dialami, menurut media kerajaan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda