Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangsa terselamat kapal karam berdepan pertuduhan di mahkamah Malaysia

    KUALA LUMPUR, 19 NOV – Seramai 11 mangsa terselamat daripada tragedi bot karam dua minggu lalu hadir ke mahkamah Malaysia hari ini, didakwa kerana memasuki negara Asia Tenggara itu secara haram, menurut pegawai.

    Tertuduh yang terdiri daripada sembilan warga Myanmar dan dua warga Bangladesh merupakan di antara 14 orang yang diselamatkan selepas bot mereka karam pada 6 November berhampiran sebuah pulau Thailand dekat sempadan maritim Malaysia.

    Mereka dipercayai sebahagian daripada kumpulan kira-kira 70 pendatang tanpa dokumen, kebanyakannya daripada komuniti Rohingya yang ditindas di Myanmar dan dalam perjalanan menuju Malaysia apabila bot mereka terbalik.

    Lembaran pertuduhan yang dilihat AFP menyatakan kumpulan itu, berusia antara 17 hingga 43 tahun, dituduh memasuki negara itu berhampiran pulau peranginan Langkawi ‘tanpa pas yang sah’.

    Jika sabit kesalahan, mereka bakal berdepan denda sehingga AS$2,400 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali serta maksimum enam sebatan. – AFP

    Penyelamat Malaysia membawa sebuah beg berisi mayat mangsa, selepas sebuah bot yang membawa pendatang dari Myanmar terbalik berhampiran sempadan Malaysia-Thailand pada 11 November. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda