Friday, March 14, 2025
32.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Mangsa tersepit’ diselamatkan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Satu insiden kemalangan yang terjadi di Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien yang melibatkan beberapa buah kenderaan dan mengakibatkan kebakaran, mangsa tersepit, kecederaan serta kesesakan jalan raya, merupakan senario latihan kecemasan yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) iaitu Eksesais Permata Hijau 2020 (ExPH 2020)
    bersepadu dengan agensi-agensi keselamatan lain pada 26 Oktober lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JBP, di sini, hari ini, ExPH 2020 merupakan salah satu usaha jabatan itu untuk meningkatkan persiapan operasi bersepadu bagi setiap agensi yang berkenaan dalam menangani kejadian kecemasan.

    Latihan itu dikendalikan bersama JBP, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Emergency Medical Ambulance Services (EMAS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai salah satu tugas dan peranan bagi mengukuhkan keupayaan agensi-agensi dalam bertindak secara bersepadu menangani kejadian kecemasan dan pada masa yang sama untuk mengemas kini prosedur tetap operasi di antara agensi-agensi keselamatan.

    ExPH 2020 juga bertujuan untuk menilai keberkesanan pelan tindakan kecemasan dan prosedur tetap operasi setiap agensi dalam menangani kecemasan yang melibatkan kemalangan jalan raya yang besar dengan mengambil kira interaksi pusat pengurusan kecemasan dengan agensi petindak dan incident commander post (ICP) dan menggunakan mekanisme pengurusan kecemasan berdasarkan pelan tindakan kecemasan setiap agensi.

    ExPH 2020 berobjektif untuk menyelaras prosedur tindak balas serta keberkesanan interoperability di antara agensi-agensi keselamatan, menilai keberkesanan perlaksanaan pelan tindakan kecemasan setiap agensi dan perintah serta kawalan dalam melaksanakan operasi bersama, mengenal pasti jurang keupayaan (Capability gaps) dan persiapan dalam meningkatkan keupayaan agensi-agensi keselamatan dalam menangani kecemasan yang melibatkan kemalangan jalan raya di Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien.

    Anggota bomba dan penyelamat ketika melakukan misi menyelamatkan ‘mangsa tersepit’ semasa senario latihan kecemasan.

    Pemangku Penguasa Bomba dan Penyelamat, Lim Hock Guan semasa menghadiri Eksasais Permata Hijau 2020 (ExPH 2020).

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda