Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Mangsa kebakaran terima bantuan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JUN – Seorang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah di Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Lambak Kanan, Daerah Brunei dan Muara telah menerima bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukkan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), hari ini.

    Majlis penyerahan bantuan berlangsung di Bilik Kunjungan, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, di mana bantuan kewangan disampaikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Haji Nazmi bin Haji Mohamad kepada Haji Julaihi bin Haji Tuah.

    Kejadian kebakaran yang berlaku pada 19 Jun lalu itu telah merosakkan dapur utama dan dua bilik tidur, bagaimanapun tidak ada sebarang kecederaan berlaku semasa kejadian itu.

    Mangsa kebakaran menerima bantuan kewangan itu untuk meringankan kesusahan yang dialami bagi meneruskan kehidupan seharian. Usaha itu menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...