MANILA, 24 SEPT – Filipina menggesa ‘penyelesaian secara aman, mengikut undang-undang antarabangsa’ berhubung pertikaian di Laut China Selatan (LCS), menyaksikan Manila juga mempunyai tuntutan bertindih dengan Beijing.
Negara itu menggesa ‘pemeliharaan’ perintah global berasaskan peraturan, lapor agensi Anadolu.
“Ini sentiasa menjadi pendirian kami berkenaan dengan pertikaian di Laut Filipina Barat, sebagaimana kami bersedia untuk mempertahankan kedaulatan, hak kedaulatan dan integriti wilayah kami,” kata Setiausaha Luar, Enrique Manalo pada sesi ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) di New York.
Isu LCS menjadi topik hangat, dengan Beijing membuat tuntutan yang meluas dan banyak negara jiran, termasuk Filipina telah menolak tuntutan itu .
Beberapa hari kebelakangan ini, Beijing dan Manila menyaksikan ketegangan baharu, Filipina menuduh kapal China didakwa merosakkan hidupan marin di beberapa kawasan laut di perairan yang menjadi pertikaian. – Bernama