Tuesday, April 22, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mantan askar pengambilan 19/1990 kukuhkan hubungan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OKT – Bekas-bekas askar pengambilan 19/1990, baru-baru ini, telah menganjurkan majlis pertemuan yang diselajurkan dengan Majlis Tahlil, Dikir Maulud dan Doa Kesyukuran yang berlangsung di salah sebuah restoran di Sengkurong.

    Majlis itu adalah bagi memperkukuhkan lagi hubungan yang sudah terjalin selama lebih 30 tahun, selain merafakkan kesyukuran, memperingati rakan-rakan seperjuangan yang sudah meninggal dunia dengan bacaan tahlil dan disemarakkan dengan dikir maulud beramai-ramai.

    Doa Kesyukuran dibacakan oleh Dayang Siti Nur Afifah binti Rimi @Zul Hazmi manakala Leftenan Kol (B) Hajah Wan Shahlimar binti Haji Suhaili memimpin bacaan tahlil.

    Acara berkebajikan itu adalah untuk mengharapkan ganjaran pahala dari Allah SWT, secara tidak langsung peluang bertemu rakan-rakan lama.

    Gambar ramai mantan askar pengambilan 19/1990 yang hadir pada majlis pertemuan semula berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda