Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mantan penuntut AAC adakan majlis silaturahim

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MEI – Dalam usaha mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama mereka, mantan penuntut Maktab Anthony Abell (AAC) telah mengadakan Majlis Bersilaturahim Hari Raya Aidilfitri di salah sebuah hotel di Kampung Kiulap, hari ini.

    Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman yang juga merupakan mantan penuntut di maktab tersebut.

    Seramai 115 orang mantan dan ahli keluarga mereka menyertai acara berkenaan yang menjadi wadah bagi mereka untuk saling mengeratkan hubungan persahabatan yang telah lama tidak berjumpa dan bertanyakan khabar antara sesama rakan.

    Acara turut diselajurkan dengan membaca tahlil bagi mantan-mantan penuntut yang telah meninggal dunia.

    Kali terakhir mantan-mantan penuntut AAC membuat acara seumpamanya ialah pada 2018.

    Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bergambar ramai bersama mantan penuntut AAC di salah sebuah hotel di Kampung Kiulap.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda