Monday, July 1, 2024
23 C
Brunei

    -

    Mantapkan belia melalui kemahiran softskill

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JUN – Seramai 50 orang belia telah menyertai Program Pemantapan Mentor Belia anjuran bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) Tertinggi Belia Masjid Senegara dan AJK Takmir Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad dengan sokongan Jabatan Hal Ehwal Masjid yang berlangsung di Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad, Kampung Setia A.

    Antara pengisian program adalah ceramah motivasi yang disampaikan oleh AJK Persatuan Kemajuan Insan (KESAN), Awang Mohd Haziq Hisyam bin Mohd Zaki selaku penceramah jemputan, aktiviti berkumpulan dan bengkel sebelum diakhiri dengan majlis penutup.

    Objektif program adalah untuk membina potensi dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan jelas dan berkesan yang boleh memotivasikan dan menginspirasi dalam berinteraksi dengan orang lain, selain membangunkan proses komunikasi yang berkesan menjadikan belia seorang qudwah hasanah, kolaborator dan ahli pasukan yang lebih baik.

    Selain itu, program berkenaan juga bermatlamat untuk memahami Islam secara menyeluruh dan menerapkannya dalam setiap aspek kehidupan termasuk dalam membuat sesuatu program.

    Sememangnya kemahiran softskills adalah salah satu kemahiran yang diperlukan untuk menjadikan para belia lebih fleksibel, berinisiatif dan berkebolehan dalam menyelesaikan sesuatu masalah secara kreatif.

    Pembangunan kemahiran berkenaan adalah bertujuan untuk mempersiapkan belia untuk menjadi yang terbaik dalam apa saja bidang atau peranan, menambah kualiti kerja, mengembangkan rangkaian dan peluang untuk berhubung.

    Program memfokuskan fokus kepada kemahiran dalam berkomunikasi yang merupakan asas kepada perhubungan interpersonal iaitu hubungan individu dengan individu yang lain.

    Dapatan yang diperoleh daripada program itu diharap dapat membantu meningkatkan tahap motivasi dan keyakinan diri peserta sebagai seorang AJK belia di masjid masing-masing.

    Awang Mohd Haziq Hisyam menyampaikan ceramah kepada para peserta. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Gambar ramai seusai program berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Xi akan lawat Kazakhstan, Tajikistan 2 Julai

    BEIJING, 30 JUN - Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri mesyuarat pemimpin dan mengadakan lawatan negara ke Kazakhstan dan Tajikistan mulai Selasa ini, kementerian...