Thursday, July 17, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mantapkan pembacaan Al-Quran

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mei – Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti bacaan Al-Quran khususnya Surah Yasin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PKPSH) telah mengungkayahkan program ilmiah untuk orang ramai iaitu Bengkel Tahsin Qira’at Al-Qur’an (Surah Yasin).

    Bengkel yang berlangsung di Dewan Serba Guna Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Madang itu disertai 30 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan dan swasta, Muslimah masjid, pelajar institut pengajian tinggi, pelajar sekolah menengah dan orang perseorangan.

    Ia telah dikendalikan oleh tenaga akademik UNISSA yang diketuai oleh Dr Haji Ahmad Baha bin Haji Mokhtar selaku penceramah dan pembengkel utama.

    Antara yang menyertai Bengkel Tahsin Qira’at Al-Qur’an (Surah Yasin).
    Para peserta bengkel mendengar penerangan yang disampaikan.

    Di samping itu, empat orang pendamping menjayakan sesi praktikal iaitu Dr Gumma Ahmeed Himmad Adam, Dr Ousmane Manzo, Haji Mohd Khairul Nazif bin Haji Awang Damit dan Dayang Yusfariza binti Yussop.

    Bengkel merangkumi sesi teori dan praktikal yang mana para peserta didedahkan mengenai kaedah penggunaan hukum-hukum tajwid yang mudah difahami dan dipraktikkan khususnya dalam bacaan Surah Yasin.

    Bengkel berkenaan merupakan salah satu daripada pengisian Program Suntikan Iman 1439 Hijrah yang diadakan sempena bulan Ramadan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda