Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Manusia derita wabak panas melampau’

    NEW YORK, 26 JULAI – Manusia sedang mengalami ‘wabak haba melampau’, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres memberi amaran, kelmarin, menggesa tindakan untuk mengehadkan kesan gelombang haba yang dipergiatkan oleh perubahan iklim.

    “Berbilion orang sedang menghadapi wabak haba melampau, ‘layu’ di bawah gelombang haba yang semakin mematikan, dengan suhu mencecah 50 darjah Celsius di seluruh dunia,” katanya. “Itu adalah 122 darjah Fahrenheit, dan separuh jalan untuk mendidih.”

    Menurut rangkaian Copernicus Eropah, 21, 22 dan 23 Julai adalah tiga hari paling panas pernah direkodkan di seluruh dunia, dengan 22 Julai memegang rekod mutlak 17.16 darjah Celsius.

    Guterres mengulangi seruannya agar umat manusia memerangi ‘ketagihan’ terhadap bahan api fosil.

    Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres bercakap kepada akhbar mengenai kepanasan melampau di ibu pejabat PBB di New York, pada 25 Julai. – Xinhua

    “Hari ini, tumpuan kami adalah pada kesan haba yang melampau. Tetapi jangan lupa bahawa terdapat banyak lagi simptom krisis iklim yang memusnahkan iaitu taufan yang semakin ganas, banjir, kemarau, kebakaran hutan, peningkatan paras laut, dan lain-lain,” katanya.

    “Untuk menangani semua gejala ini, kita perlu melawan penyakit. Dan penyakit itu adalah kegilaan membakar satu-satunya kediaman kita. Penyakit ini adalah ketagihan kepada bahan api fosil. Penyakit ini ketiadaan tindakan iklim,” tegasnya, menyeru khususnya negara-negara G20 untuk mengambil tindakan.

    Sementara 2023 adalah tahun paling panas dalam rekod, dan 2024 boleh mencatat rekod baharu, suhu lebih tinggi daripada 40 darjah Celsius semakin biasa.

    Dalam tempoh setahun, ambang 50 darjah Celsius malah telah melebihi di sekurang-kurangnya 10 tempat, dari Death Valley di Amerika Syarikat (53.9 darjah Celsius pada 7 Julai) ke Agadir di Maghribi, dan juga di China dan India.

    Panas terik, selalunya kurang kelihatan berbanding kesan buruk perubahan iklim yang lain seperti ribut atau banjir, namun lebih membawa maut. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda