PARIS – Setengah abad sudah berlalu namun seorang legenda Neil Amstrong, peneroka bulan yang melakar sejarah dengan menjadi manusia pertama yang menjejakkan kakinya ke bulan telah terukir di dalam kenangan bagi mereka yang menantikannya.
Gambar-gambar lama yang muncul pada malam 20 Julai 1969, dari 380,000 kilometer jauhnya telah mempersonakan penonton yang muda dan yang tua.
AFP telah berbual dengan beberapa orang yang mengenang semula kegembiraan yang menyentuh perasaan itu termasuk Dafydd Williams, sekarang merupakan ahli astronomi Kanada bersama NASA, yang pernah pergi ke angkasa sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 1998 dan 2007. Ketika Neil menjejaki kakinya ke bulan, Dafydd masih pelajar sekolah.
Hari itu merupakan hari yang penuh luar biasa. Tahun 60an abad ini merupakan detik penjelajahan dan bahagian yang penting di mana manusia berjalan di atas permukaan bulan.
“Jika anda berada di sana pada waktu itu, semua orang akan ingat di mana mereka berada. Pada masa itu umur saya 15 tahun dan saya berada di dalam rumah menonton televisyen hitam putih bersama keluarga saya kerana kami tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli televisyen yang berwarna. Ia telah mengubah perjalanan sejarah dan bagi saya ia seperti menunjukkan sesuatu fakta yang mustahil namun ia boleh direalisasikan. Melihat NASA daripada tidak pernah menerbangkan manusia ke angkasa pada tahun 1960 kepada menghantar manusia untuk berjalan di permukaan bulan pada tahun 1969.. ia merupakan abad yang luar biasa!”
Johan Formula Satu, Stewart merupakan sahabat kepada Armstrong dan Eugenne Cernan, manusia terakhir yang pernah berjalan ke bulan iaitu pada bulan Disember 1972.
“Saya berada di dalam sebuah kelab di New York bersama Roman Polanski dan isteri saya, Helen.
Saya kenal beberapa orang angkasawan kerana mereka menghadiri perlumbaan Formula Satu dan Indycar. Saya amat terkejut dengan apa yang saya lihat,” kata Stewart, yang menghasilkan dokumentari ‘Last Man on the Moon’ bersama anaknya pada tahun 2014.

Brigitie Bardot
“Saya berada di Normandy pada malam 20 Julai 1969. Saya sedang membuat pengambaraan the Bear and the Doll,” kata Icon Perancis.
“Saya telah melihat keajaiban tanpa benar-benar percaya ia memang sedang berlaku. Ia sangat luar biasa dan tidak mungkin boleh dicapai, namun ianya benar-benar berlaku.
Claudia Cardinale
Pelakon Itali, pada masa itu berusia 31 tahun, mempunyai ingatan yang samar-samar di mana beliau berada ketika dia melihat siaran itu.
Namun beberapa bulan kemudian, Neil Armstrong, merupakan seorang pemain trumpet amatur telah singgah ke majlis di Rom yang dipelawa oleh Franco Cristaldi, suami pertama Cardinale.
“Adik beradik saya mengiringi saya. Kami telah mengupah dua orang pemain trumpet, salah seorangnya dimainkan oleh Neil dalam keadaan gembira.”
Pierre Cardin
“Saya berada di Champs-Elysees, dengan beribu-ribu orang, menunggu mimpi menjadi realiti,” kata pereka fesyen itu yang berusia 47 tahun dan sekarang berusia 96 tahun.
“Apabila Neil Armstrong menjadi manusia pertama yang berjalan di atas bulan, saya merasakan kepuasan yang besar. Kami semua telah menunggu berita itu dan kejayaan itu telah disambut dengan kegembiraan yang dikongsikan dengan ribuan orang disekeliling saya.
“Tiada sesiapa yang percaya pada tahun-tahun sebelumnya tetapi saya yakin dan pasti ia akan berlaku suatu hari nanti. ia merupakan suatu lonjakan ke hadapan buat manusia,” kata Cardin.
Alain Prost
Empat kali johan dalam Kejohanan Formula Satu, Alain Prost, berusia 14 tahun ketika Armstrong membuat sejarah yang besar tetapi ia merupakan ‘kenangan yang sentiasa ada bersama anda’.
“Ibu bapa saya mempunyai studio kecil di Cannes dan kami sedang bercuti.
Saya masih ingat pada hari tersebut dengan jelas, saya telah menonton TV dan melihat bulan pada masa yang sama dan tertanya-tanya apa yang sedang terjadi.
Ia merupakan ingatan yang tidak masuk akal.
“Anda berasa sesuatu telah terjadi dan pada masa itu kami berfikir ia adalah mustahil.” – AFP