RIO DE JANEIRO, 23 Feb – Stadium mitos Maracana yang terbiar sejak menjadi tumpuan Piala Dunia 2014 dan Olimpik 2016, akan dibuka semula bulan depan.
Tempat legenda Brazil itu terbiar kerana perbalahan perundangan politik, akan mengadakan sukan pertamanya tahun ini pada 8 Mac depan.
Kelab Brazil, Flamengo semalam mengumumkan mereka akan menghoskan pasukan dari Argentina, San Lorenzo dalam perlawanan Copa Libertadores.
Stadium yang dibanggakan itu dalam keadaan yang menyedihkan, di mana rumput di atas padang menjadi kuning, tempat duduk berkarat dan pencuri telah mencuri kerusi-kerusi di sana dalam satu simptom terhadap gangguan perundangan yang menyaksikan mercu tanda Rio de Janeiro terabai.
Kali pertama dibuka pada 1950, Maracana yang memuatkan 79,000 tempat duduk diubah suai menjelang persaingan Piala Dunia 2014 dengan kos AS$372 juta (dua kali bajet bajet awal) dalam projek yang dicemari dakwaan rasuah.
Stadium tersebut gilang-gemilang pada Ogos lalu ketika Olimpik musim panas dan Rio sekali lagi menjadi tumpuan sukan dunia. – AFP