Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Marah disoal siasat remaja tumbuk polis

    MIRI, 29 Jan – Marah disoal siasat, seorang remaja berusia 17 tahun bertindak menumbuk seorang anggota polis daripada Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dalam kejadian 11.10 malam tadi di sini. Ketua Polis Miri ACP Khoo Leng Huat berkata terdahulu, mangsa yang berpangkat koperal sedang melakukan rondaan mencegah jenayah bersama rakan sekerja di Jalan Tudan sebelum terserempak dengan remaja tersebut.

    “Suspek menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan dan mangsa mengarahkan suspek berhenti tetapi remaja itu enggan dan terus memecut,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Pasukan URB itu kemudian bertindak mengejar suspek yang kemudian terjatuh di atas jalan selepas motosikalnya terlanggar kon keselamatan yang diletak di tepi jalan terbabit. –Bernama

    Remaja berkenaan enggan memberi kerjasama ketika disoal siasat oleh anggota polis terbabit namun tiba-tiba marah apabila ditanya tentang telefon bimbit dan dompet miliknya.

    “Suspek menghampiri mangsa serta terus menumbuk mangsa dua kali dengan tumbukan pertama mengenai dagu dan yang kedua di telinga kanan walaupun cuba dihalang mangsa,” katanya.

    Susulan itu remaja terbabit ditangkap atas kesalahan seksyen 332 Kanun Keseksaan mengganggu penjawat awam menjalankan tugas. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda