BEIJING, 5 OKT – Ribuan pelari akan bersedia untuk menyertai maraton Beijing pada November selepas dua tahun ditangguhkan disebabkan oleh COVID, menurut penganjur, ketika acara-acara sukan secara berperingkat kembali di China.
Negara yang paling padat penduduk itu membatalkan hampir keseluruhan acara sukan antarabangsa sejak COVID dikesan di negara itu, dengan pengecualian Olimpik Musim Sejuk Beijing pada Februari tahun ini.
Penganjur larian kelmarin berkata bahawa 30,000 orang peserta dibolehkan mengambil bahagian dalam cabaran sejauh 42 kilometer melintasi ibu kota pada 6 November – namun hanya penduduk yang tinggal di Beijing dibolehkan mendaftar.
Kejohanan berpasukan pingpong dunia diadakan Jumaat lalu di bandar Chengdu, dan peserta mesti tinggal dalam ‘gelembung tertutup’, dan minggu lalu China mengumumkan bahawa ia akan menganjurkan Jelajah Final Dunia bagi acara badminton penghujung musim pada Disember. – AFP
