NEW YORK, 29 OKT – Maraton Boston 2021 akan dipindahkan dari slot tradisinya pada bulan April hingga akhir tahun depan kerana kebimbangan mengenai wabak COVID-19, kata penganjur kelmarin. Acara berprestij itu yang dibatalkan tahun ini untuk pertama kalinya dalam sejarah selapas 124 tahun perlumbaan biasanya diadakan pada bulan April, menarik ribuan pelari dari seluruh dunia.

