Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maraton dibatalkan gara-gara naiki kereta

    LONDON, 19 APRIL – Pelari ultra maraton Scotland, Joasia Zakrzewski dibatalkan penyertaannya daripada perlumbaan kerana dia didapati menaiki kereta untuk sebahagian daripada larian itu.

    Pelari berusia 47 tahun itu menduduki tempat ketiga dalam perlumbaan GB Ultras dari Manchester ke Liverpool sejauh 80 kilometer (km) pada 7 April lalu.

    Bagaimanapun, dia dipercayai menaiki kerata sejauh 4km selepas data pemetaan mendapati dia menempuh larian sejauh 1.6km dengan catatan sepantas 1 minit dan 40 saat.

    Wayne Drinkwater, pengarah perlumbaan GB Ultras, memberitahu BBC perkara itu sudah disiasat.

    “Selepas menyemak data daripada sistem pemetaan, data GPX, maklumat yang diberikan daripada pasukan kami, peserta lain dan daripada pelari itu sendiri, kami boleh mengesahkan bahawa pelari itu kini hilang kelayakan daripada acara itu selepas menaiki kenderaan semasa acara itu,” katanya.

    Joasia Zakrzewski dibatalkan penyertaannya daripada perlumbaan kerana didapati menaiki kereta untuk sebahagian daripada larian itu. – Agensi

    Joasia menduduki tempat ke-14 dalam acara maraton Sukan Komanwel 2014 di Scotland dan mencipta beberapa rekod dalam larian ultra-maraton.

    Berikutan insiden itu, pemenang tempat ketiga diberikan kepada peserta lain.

    Adrian Stott, rakan pelari itu, memberitahu BBC bahawa Joasia menyesali tindakannya itu kerana berasa tidak sihat.

    “Perlumbaan tidak mengikut seperti yang dirancang. Dia berkata dia berasa sakit dan letih semasa perlumbaan,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda