LOS ANGELES, 17 MAC – Matt Richtman memenangi perlumbaan Maraton Los Angeles 2025 pada Ahad, menjadi pelari Amerika Syarikat pertama yang memenangi perlumbaan itu dalam tempoh lebih 30 tahun, lapor Xinhua.
htman, bekas ahli pasukan merentas desa Montana State University, memenangi perlumbaan lelaki dengan catatan masa 2:07:56. Sebelum beliau, Paul Pilkington adalah pelari Amerika terakhir yang memenangi perlumbaan itu, dengan catatan 2:12:13 pada 1994.
Dalam perlumbaan wanita, Tejinesh Tulu dari Etiopia menduduki tempat pertama dengan catatan masa 2:30:16.
Acara lelaki dimenangi oleh pelari Kenya sebanyak 22 kali sejak 1999, dengan warga Etiopia menang dalam empat pertandingan lain, manakala wanita Afrika memenangi 12 daripada 15 perlumbaan terakhir.
Menurut penganjur, lebih 26,000 pelari dari seluruh dunia mengambil bahagian dalam maraton pada Ahad, edisi ke-40 yang diadakan di Los Angeles. – Bernama
