Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Marc Marquez menang MotoGP Aragon

    SEPANYOL, 8 JUN – Penunggang hebat Sepanyol, Marc Marquez mengekalkan penguasaannya dalam perlumbaan pecut musim ini dengan memenangi MotoGP Aragon kelmarin untuk kemenangan ketujuhnya daripada lapan perlumbaan.

    Penunggang Ducati berusia 32 tahun itu melebarkan tempatnya dalam kedudukan keseluruhan mengatasi adiknya Alex (Ducati-Gresini), yang menduduki tempat kedua.Marc mendahului Alex dengan 27 mata.

    Marc Marquez, yang telah memenangi MotoGP Aragon enam kali dalam 10 penampilan, disaingi oleh abangnya di selekoh pertama tetapi melepasinya pada separuh litar dan seterusnya menamatkan perlumbaan.

    “Saya menghadapi masalah pada permulaannya,” jelas Marc Marquez.

    “Rancangan saya adalah untuk mendahului dari awal dan melebarkan jarak sebagai pendahulu tetapi untuk tiga pusingan pertama saya terpaksa berusaha untuk merapatkan kembali jarak dengan Alex.

    “Apabila saya berjaya mendahului, saya terpaksa mengawasi tayar belakang saya.

    “Akhirnya semuanya berjalan dengan sempurna hari ini,” tambahnya.
    Pelumba baharu, Fermin Aldeguer dari Ducati-Gresini menduduki tempat ketiga untuk menjadikan podium dimonopoli secara keseluruhannya oleh para pelumba dari Sepanyol.

    Kedua-dua adik-beradik Marquez akan bermula di barisan hadapan grid dalam MotoGP hari ini – yang kelapan daripada 22 Grand Prix – Marc mendapat petak pertama kelmarin.

    Franco Morbidelli dari Itali (Ducati-VR46), yang menduduki tempat keempat dalam pecutan, memenuhi tempat barisan hadapan. – AFP

    Aksi Alex (kiri) dan Marquez semasa perlumbaan pecut MotoGP Aragon Grand Prix di litar Motorland di Alcaniz, timur laut Sepanyol pada 7 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda