Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Marcelo wira Galacticos

    MADRID, 30 April – Real Madrid memerlukan satu lagi kemenangan lewat untuk menghampiri gelaran La Liga ketika Marcelo menjadi wira dalam kemenangan 2-1 di laman sendiri ke atas Valencia semalam.

    Cristiano Ronaldo telah membuka jaringan di pertengahan separuh masa pertama tetapi juga menyaksikan penaltinya diselamatkan oleh Diego Alves di awal separuh masa kedua.

    Bekas pemain Madrid, Dani Parejo kelihatannya memberikan Valencia satu mata menerusi satu sepakan percuma dengan perlawanan berbaki lapan minit.

    Real merempuh gawang lawan di saat-saat akhir dan hanya memerlukan empat minit untuk mendapatkan pemenang apabila Marcelo mengelecek ke dalam dan merembat bola ke sudut gawang.

    Real kekal di tangga kedua dengan terikat 81 mata dengan Barcelona, namun mempunyai kelebihan satu perlawanan berbanding pesaing mereka.

    Pemain pertahanan Real Madrid, Marcelo (tengah) ketika meraikan jaringannya dengan rakan sepasukannya, Marco Asensio (kiri) dan Sergio Ramos dalam kemenangan ke atas Valencia di Santiago Bernabeu. – AFP
    Pemain pertahanan Real Madrid, Marcelo (tengah) ketika meraikan jaringannya dengan rakan sepasukannya, Marco Asensio (kiri) dan Sergio Ramos dalam kemenangan ke atas Valencia di Santiago Bernabeu. – AFP

    Bos Madrid, Zinedine Zidane mengakui bahawa pasukannya agak terleka dan ambil mudah selepas mereka mendahului perlawanan 1-0.

    “Memang benar kami berada di dalam zon selesa selama 30 minit, para penyokong juga tidak terkecuali,” kata warga Perancis itu.

    “Selepas Valencia menggegarkan gawang kami, ia sekali lagi memberikan tekanan ke atas pemain dan ia menjadi satu perlawanan yang berbeza sepenuhnya.”

    Pemain Brazil, Marcelo menambah: “Kami memberikan sepenuh hati dan jiwa kami dan telah menunjukkan kemampuan sebenar kami.

    “Dengan para penyokong di belakang kami, bukan mudah untuk menewaskan kami di sini.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda