Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Marco Angulo meninggal dunia

    QUITO, 13 NOV – Pemain Ecuador dan FC Cincinnati, Marco Angulo mening-gal dunia akibat kecederaan yang dialaminya dalam kemalangan kereta yang turut mengorbankan bekas rakan sepasukan remajanya, Roberto Cabezas, kata Persatuan Bola Sepak Ecuador kelmarin.

    Angulo yang berusia 22 tahun adalah penumpang dalam kereta yang merempuh penghadang logam di lebuh raya Ruminahui tenggara Quito pada 7 Oktober. Pemandu dan Cabezas, yang bermain untuk Independiente Juniors, maut dalam kejadian itu.

    Angulo mengalami kecederaan parah di kepala dan lebam pada paru-paru. Dia telah dimasukan dalam keadaan koma tetapi meninggal dunia akibat kecederaan pada malam Isnin, lapor akhbar El Universo.

    Angulo bermain untuk juara liga Ecuador, LDU Quito secara pinjaman daripada pasukan MLS, FC Cincinnati.

    Persatuan Bola Sepak Ecuador menyatakan bahawa Angulo “membela warna negara kami kami pada setiap peluang yang dimilikinya dengan bakat dan dedikasinya. Marco bukan sahaja seorang pemain yang cemerlang, tetapi juga rakan sepasukan yang hebat. Kehilangannya meninggalkan kesedihan yang mendalam di hati kami.”

    Angulo, pemain tengah bertahan, pernah bermain untuk pasukan Ecuador Bawah 17 dan Bawah 20 tahun sebelum membuat penampilan sulung seniornya dalam perlawanan persahabatan menentang Iraq pada November 2022. Dia juga bermain dalam satu lagi perlawanan persahabatan menentang Australia pada Mac tahun lalu. – AP

    Aksi Angulo semasa perlawanan bola sepak MLS di Cincinnati pada 21 Jun 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda