MANILA, 9 DIS – Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr akan menghadiri sidang kemuncak ASEAN-Kesatuan Eropan (EU) di Brussels dari 12 hingga 14 Dis serta bertemu dengan syarikat Eropah yang merancang untuk membuka perniagaan di Filipina.
“Ini sangat penting untuk Filipina dan untuk presiden kerana Filipina kini merupakan penyelaras negara ASEAN dan hubungannya dengan EU,” kata Penolong Setiausaha Hal Ehwal Luar Daniel Espiritu, lapor Agensi Akhbar Jerman, dpa.
Marcos Jr dijangka membincangkan pemulihan pascapandemik yang bukan sahaja merangkumi aspek pemulihan kesihatan awam malah juga dari segi pemulihan ekonomi, kata Espiritu. – Bernama