Wednesday, March 26, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Marcos: Filipina sedia ambil peranan pendamai di ASEAN

    MANILA, 6 OKT – Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos berkata beliau bersedia untuk mengambil peranan sebagai pendamai di Asia Tenggara demi untuk kepentingan negara dan keselamatan serantau.

    Dalam satu forum media pada Rabu, Marcos berkata Filipina mempunyai peranan penting untuk memelihara keamanan terutamanya di tengah-tengah ketegangan geopolitik di rantau ini.

    “Jadi kami mempunyai peranan yang sangat penting untuk dilaksanakan kerana kami mempunyai semangat yang berkobar-kobar,” katanya. 

    Marcos juga menekankan keperluan mengukuhkan (ASEAN) untuk menjadikannya lebih responsif kepada cabaran masa depan dan membolehkan badan serantau itu melakukan lebih daripada yang telah dicapai.

    Beliau bercadang membangkitkan isu itu di mesyuarat ASEAN pada November, lapor Xinhua.

    ASEAN merangkumi Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda