Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Marcos Jr akan pegang jawatan setiausaha pertanian

    MANILA, FILIPINA, 20 JUN – Bakal Presiden Filipina, Marcos Jr melahirkan kebimbangan pada Isnin mengenai kenaikan harga makanan sebahagiannya disebabkan perang di Ukraine dan berkata beliau akan memegang jawatan setiausaha pertanian apabila mengambil alih jawatan untuk bersiap sedia bagi kemungkinan kecemasan.

    Marcos Jr dan bakal Naib Presiden Sara Duterte akan mengambil alih jawatan pada 30 Jun selepas kemenangan besar dalam pilihan raya 9 Mei lalu.

    Mereka akan mewarisi masalah-masalah yang menggentarkan, termasuk ekonomi yang terkesan oleh pandemik koronavirus, peningkatan inflasi, pengangguran dan hutang luar negara dan dalam negara yang bertambah, di samping isu-isu berpanjangan iaitu kemiskinan, pemberontakan dan perpecahan politik.

    Selepas bertemu dengan setiausaha-setiausaha kewangan, perdagangan dan ekonominya, Marcos Jr memberitahu pemberita pada Isnin bahawa beliau buat sementara akan memegang jawatan setiausaha pertanian dan bakal menyusun semula Jabatan Pertanian untuk merangsang pemulihan ekonomi berikutan dua tahun penularan koronavirus dan sekatan-sekatan.

    “Saya fikir masalah ini cukup teruk hingga saya memutuskan untuk memegang portfolio setiausaha pertanian sekurang-sekurangnya buat masa ini,” katanya, menambah bahawa beliau meminta penasihat-penasihat utamanya untuk menjangkakan situasi-situasi kecemasan, terutamanya mengenai bekalan makanan.

    Marcos Jr berkata, kenaikan harga minyak, gangguan bekalan makanan untuk pertanian, dan keputusan-keputusan Thailand dan Vietnam untuk menyekat sementara eksport beras, makanan asasi bagi rakyat Filipina, boleh menyebabkan harga makanan meningkat lebih tinggi.

    Beliau telah menamakan kira-kira 24 ahli kabinet setakat ini, termasuk pasukan ekonominya, ketua pertahanan sementara dan seorang penasihat keselamatan negara.

    Satu lantikan yang telah menarik perhatian adalah Juan Ponce Enrile, 98, pesara ahli politik dan peguam yang akan berkhidmat sebagai penasihat undang-undang presiden.

    Enrile merupakan ketua pertahanan yang berpaling tadah bersama pasukannya daripada bapa Marcos Jr pada 1986 dalam siri insiden yang membawa kepada kebangkitan pro demokrasi disokong tentera yang menggulingkan diktator Marcos. – AP

    Marcos Jr semasa sidang media di ibu pe-jabatnya di Mandaluyong, Filipina, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...