Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Marcos Jr bertemu menteri luar China

    MANILA, FILIPINA, 6 JULAI – Presiden baharu Filipina, Ferdinand Marcos Jr bertemu dengan diplomat tertinggi China hari ini untuk membincangkan pertikaian berpanjangan di Laut China Selatan, ketika beliau masuk campur dalam dilema-dilema dasar asing yang merangkumi persaingan Amerika Syarikat-China di rantau ini.

    Menteri Hal Ehwal Luar China Wang Yi yang memakai baju formal Filipina, bertemu rakan sejawatannya bagi rundingan-rundingan di Jabatan Hal Ehwal Luar di Manila sebelum bertemu Marcos Jr di istana presiden.

    Tiada kenyataan terperinci mengenai apa yang dibincangkan telah dikeluarkan.

    Lawatan Wang membuatkan Marcos Jr menyentuh lebih awal mengenai isu-isu diplomasi asing yang kerap mencetuskan mantan-mantannya membuat tindakan mengimbangi yang rumit.

    Wang tiba di Manila malam tadi sebagai sebahagian daripada kunjungan ke Asia Tenggara di mana sebelum ini beliau telah berkunjung ke Myanmar dan Thailand.

    Gambar yang diberikan Bahagian Jurugambar Presiden Malacanang menunjukkan Presiden Ferdinand Marcos Jr berjabat tangan dengan Menteri Luar China Wang Yi di Istana Presiden Malacanang di Manila, Filipina, kelmarin. – AP

    Beliau juga akan membuat lawatan ke Malaysia dan Indonesia dan menghadiri perjumpaan menteri-menteri luar G-20 di Bali.

    Semasa sidang media yang disiarkan di televisyen kelmarin, Marcos Jr berkata beliau akan berbincang dengan Wang mengenai cara untuk menyelesaikan pertikaian antara Manila dan

    Beijing di Laut China Selatan namun pada masa yang sama mencadangkan cara untuk mengukuhkan hubungan dengan lebih erat.

    “China dan Filipina tidak sepatutnya hanya membincangkan mengenai Laut Barat Filipina,” kata Marcos, menggunakan nama Filipina bagi kawasan perairan yang dipertikaikan.

    “Kita juga perlu membincangkan perkara lain. Dengan cara itu, ia akan menormalkan kembali hubungan kedua-dua buah negara.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...