Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Marcos pertahankan kehadiran tentera AS

    MANILA, FILIPINA, 22 MAC – Presiden Ferdinand Marcos Jr hari ini mempertahankan keputusannya membenarkan kehadiran tentera Amerika Syarikat (AS) yang lebih besar di negara itu sebagai penting untuk pertahanan wilayah walaupun ditentang hebat China dan memberi amaran bahawa ia akan “mengheret Filipina ke dalam jurang persengketaan geopolitik.”

    Pentadbiran Marcos me-ngumumkan awal Februari bahawa ia akan membenarkan kumpulan bergilir-gilir tentera Amerika untuk kekal di empat lagi kem tentera Filipina sebagai tambahan kepada lima pangkalan yang sebelum ini ditetapkan di bawah pakatan pertahanan 2014 sekutu lama lama itu.

    Marcos berkata, empat tapak baharu itu akan diumumkan tidak lama lagi dan ia termasuk kawasan di utara Filipina.

    Tindakan Amerika sejajar dengan usaha Filipina untuk memantapkan pertahanan wilayahnya di tengah-tengah pertikaian yang berpanjangan terutamanya dengan China di Laut China Selatan.

    Gabenor Manuel Mamba dari wilayah Cagayan utara, di mana tentera Amerika mungkin dibenarkan membawa bersama senjata mereka di dua kawasan tentera Filipina, berkata Marcos mempunyai hak prerogatif untuk membuat keputusan itu.

    Tetapi menambah beliau tetap menentang membenarkan Amerika berpangkalan di Cagayan, yang terletak di seberang sempadan laut dari selatan China dan Taiwan, kerana itu boleh menjadikan wilayahnya menjadi sasaran utama tentera China jika konflik bersenjata melibatkan tentera AS tercetus.

    “Ia adalah keputusan presiden, bukan saya,” kata Mamba kepada The Associated Press. – AP

    Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr berjalan di sebelah askar Filipina semasa upacara ulang tahun penubuhan Tentera Filipina ke-126 di Fort Bonifacio di Taguig, Filipina, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...