Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Marcos, Trump ‘mesra’ bertelefon

    MANILA, 19 NOV – Presiden Filipina, Ferdinand Marcos berkata beliau telah mengadakan perbualan telefon yang ‘sangat mesra’ dengan Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hari ini dan menyatakan hasratnya untuk mengukuhkan perikatan antara kedua-dua negara.

    Manila dan Washington adalah sekutu perjanjian yang lama wujud, dan hubungan mereka telah semakin erat sejak Marcos memegang jawatan pada 2022.

    Marcos turut menyertai pemimpin dunia lain dalam mengucapkan tahniah secara terbuka kepada Trump atas kemenangannya dalam pilihan raya presiden AS bulan ini, kerana mereka ingin bekerjasama dengan pentadbiran yang akan datang.

    Perbualan telefon dengan Trump itu ‘sangat mesra’ dan ‘sangat produktif’, kata Marcos kepada wartawan semasa lawatannya ke Pulau Catanduanes, yang dilanda taufan super pada Sabtu.

    “Kami bercakap mengenai perikatan antara AS dan Filipina. Dan saya menyatakan kepada beliau hasrat kami yang berterusan untuk mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara kami, yang merupakan hubungan yang sangat mendalam kerana ia telah wujud untuk sekian lama.”

    Marcos menambah bahawa beliau rasa Trump “gembira mendengar dari Filipina.”

    Marcos menyusuli kenyataannya dengan satu kiriman di Facebook yang menunjukkan gambar dirinya duduk di meja di antara dua pokok Krismas dan bercakap melalui telefon pintar.

    “Sokongan yang luar biasa daripada rakyat Filipina di AS atas kemenangan gemilang awda adalah bukti persahabatan yang mendalam dan berpanjangan antara negara kita,” kata Marcos. – AFP

    Marcos ketika duduk dimeja di antara dua pokok Krismas dan bercakap melalui telefon pintar bersama Donald Trump. – Agensi

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...

    Majlis undi calon ketua kampung

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Cabaran Alpha disambut meriah

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV -...

    Terkini

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Kamera milik mendiang Paus Francis dijual AS$7.5 juta

    VIENNA, 23 NOV - Sebuah kamera milik mendiang Paus...