LONDON, 17 OKT – Jurulatih Chelsea, Enzo Maresca dikenakan larangan hadir satu perlawanan baru-baru ini kerana bertindak keterlaluan semasa meraikan gol kemenangan 2-1 semasa menentang Liverpool dalam Liga Perdana 4 Oktober lalu.
Pemain Itali itu kini akan digantung dari garisan tepi untuk sertai perlawanan Chelsea menentang Nottingham Forest dalam Liga Perdana esok.
Dia juga telah didenda £8,000 dan pihak berkuasa laporakan bahawa Maresca secara terbuka mengakui salah laku itu.
Dia dilayangkan kad kuning kerana mengecam keputusan penalti dan turut menerima kad kedua pada minit keenam masa kecederaan setelah meraikan kemenangan jaringan Estevao Willian semasa perlawanan tersebut.
Chelsea telah tewas dalam dua perlawanan sebelum menentang Liverpool di tempat sendiri, dan kemenangan itu melonjakkan mereka ke tempat keenam pada masa itu pada masa Maresca yang tertekan untuk mengelak kekalahan ketiga berturut-turut dalam liga.
Maresca dilaporkan memberitahu media Itali bahawa berlari ke garis tepi dan meraikan pemain adalah satu ‘tindak balas naluri’ dan menambah bahawa ia berbaloi walaupun dibuang padang. – AFP


