LONDON, 31 MEI – Chelsea telah melantik Enzo Maresca dari Leicester sebagai ketua jurulatih baharu mereka, menurut laporan media British lewat kelmarin.
The Daily Telegraph melaporkan bahawa jurulatih Itali itu akan menyertai The Blues dengan kontrak lima tahun, dengan pilihan tambahan satu tahun, bagi memberikan kestabilan kepada kelab selepas dua tahun bergolak di bawah rejim baharu yang
diketuai oleh pelabur Amerika Syarikat, Behdad Eghbali dan Todd Boehly.
Maresca, yang sehingga tahun lalu merupakan pembantu kepada Pep Guardiola di Manchester City, telah memastikan Leicester kembali ke Liga Perdana selepas penyingkiran mereka 12 bulan lalu.
Gaya bola sepak Maresca yang berusia 44 tahun itu juga dikatakan telah menarik minat para ketua Chelsea.
Kelab London Chelsea mencari pengurus baharu selepas memecat Mauricio Pochettino.

Beliau hanya mengendalikan Stamford Bridge selama satu musim, dengan Thomas Frank dari Brentford dan Kieran McKenna, yang memimpin Ipswich ke liga utama di belakang Leicester, turut dikaitkan dengan kekosongan tersebut.
Pochettino meninggalkan Chelsea selepas lonjakan lewat membawa Chelsea menduduki tempat keenam dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) layak ke Liga Persidangan Europa tetapi gagal ke Liga Juara-Juara dan memenangi trofi.
Chelsea kalah 1-0 dalam perlawanan akhir EPL kepada Liverpool selepas masa tambahan dan bersaing sengit dengan Manchester City sebelum tewas dalam separuh akhir Piala FA dengan keputusan yang sama.
Namun terdapat tanda-tanda projek bekas pengurus Tottenham, Pochettino, mula menunjukkan hasil semasa lima kemenangan berturut-turut yang memastikan Chelsea akan terlibat dalam pertandingan Eropah musim depan. – AFP