Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maresca pertahan keputusan asingkan Sterling, Disasi

    LONDON, 19 SEPT – Pengurus Chelsea, Enzo Maresca, menegaskan Raheem Sterling dan Axel Disasi tidak mempunyai alasan untuk mengadu selepas kedua-duanya dipaksa berlatih secara berasingan daripada skuad utama musim ini.

    Sterling dan Disasi dilaporkan gagal mencari kelab baharu sebelum jendela perpindahan ditutup, menyebabkan mereka diketepikan daripada perancangan Maresca di Stamford Bridge.

    Menurut laporan kelmarin, Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional telah menghubungi pihak Chelsea berhubung keadaan latihan yang dikenakan terhadap kedua-dua pemain berkenaan, termasuk diasingkan daripada pasukan utama serta perlu berlatih dan makan pada waktu berbeza.

    Sterling, bekas pemain Manchester City yang dipinjamkan ke Arsenal musim lalu, masih mempunyai baki kontrak dua tahun yang ditandatangani pada 2022. Disasi pula, yang direkrut dari Monaco pada 2023, masih berbaki empat tahun kontrak selepas dipinjamkan ke Aston Villa pada separuh kedua musim lalu.

    Bercakap menjelang perlawanan Chelsea menentang Manchester United esok, Maresca memperta-hankan tindakannya sambil menyatakan keadaan itu bukan sesuatu yang luar biasa dalam bola sepak.

    “Saya pernah berada dalam situasi Raheem dan Axel ketika bergelar pemain. Saya tahu ia bukan perasaan terbaik kerana sebagai pemain, awda mahu berlatih dan bermain. Tetapi pada ketika ini, situasinya adalah begini. – AFP

    Enzo Maresca memerhati dari garis tepi semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Brentford dan Chelsea di Stadium Komuniti Gtech di London pada 13 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda