BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OGOS – Setakat ini, seramai 27 peserta telah pun menyertai Program Mari Belajar Bahasa Al-Quran (Bahasa Arab) anjuran Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat bagi sesi Ogos ini.
Program yang diadakan di UNISSA sekali seminggu iaitu setiap hari Jumaat, bermula jam 8:30 pagi itu bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk mempelajari dan mempraktikkan kemahiran mendengar dan bertutur di dalam Bahasa Arab.
Bagi keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, UNISSA di talian 2462000 sambungan 204/202 ataupun melayari laman sesawang www.unissa.edu.bn atau menghantar email ke C4L@unissa.edu.bn.
