Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mari kekalkan bekalan darah negara

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – Orang ramai diseru untuk tampil ke hadapan bagi sama-sama membantu mengekalkan bekalan darah di Negara Brunei Darussalam dengan mengambil bahagian dalam kempen-kempen menderma darah.

    Dalam hubungan itu, Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatran akan mengadakan kempen-kempen derma darah yang dibukakan penyertaan kepada orang ramai pada 30 April di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Cawangan Muara bermula pukul 9:00 pagi hingga pukul 11:30 pagi dan pada 1 Mei di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Simpang 26, Jalan Pengiran Babu Raja, Bandar Seri Begawan bermula pukul 9:00 pagi hingga pukul 11:30 pagi dan pukul 1:30 petang hingga pukul 3:30 petang.

    Sementara itu, Tabung Darah Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong juga akan mengadakan kempen derma darah pada 30 April di Ruang Legar, Lantai Bawah, Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah bermula pukul 10:00 pagi hingga pukul 11:30 pagi dan pukul 1:30 petang hingga pukul 3:30 petang.

    Orang ramai adalah juga dialu-alukan untuk datang terus ke Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Saleha untuk menderma darah pada waktu bekerja bermula pukul 8:00 pagi hingga pukul 11:30 pagi dan pukul 1:30 petang hingga pukul 3:30 petang.

    Para penderma darah yang berminat adalah digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah berkenaan.

    – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda