Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maria Corina Machado menangi Hadiah Nobel Keamanan

    BERLIN, 10 OKT – Pemimpin pembangkang Venezuela, Maria Corina Machado, diumumkan sebagai pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2025, menurut Jawatankuasa Nobel Norway hari ini, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Beliau menerima anugerah itu atas ‘usaha tanpa jemu mempromosikan hak demokratik untuk rakyat Venezuela,’ kata Pengerusi Jawatankuasa Nobel Norway, Jorgen Watne Frydnes.

    Frydnes menyifatkan Machado sebagai ‘juara keamanan’ yang berusaha untuk melonggarkan cengkaman kuasa kerajaan Venezuela yang bersifat autokratik.

    “Demokrasi bergantung kepada individu … yang berani tampil ke hadapan walaupun berdepan risiko besar,” katanya.

    Tahun ini, seramai 338 orang dicalonkan untuk Hadiah Keamanan, termasuk 244 individu dan 94 organisasi iaitu 52 orang lebih ramai berbanding tahun lepas.

    Identiti calon Hadiah Nobel biasanya dirahsiakan selama 50 tahun. – Bernama

    Maria Corina Machado (tengah), bersorak dari atas sebuah trak semasa di Caracas pada 17 Ogos 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda