Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maria Sharapova kembali tahun depan

    LINZ, AUSTRIA, 9 OKT – Maria Sharapova menyatakan dia boleh kembali beraksi di Luxembourg minggu depan selepas kesakitan bahu yang berulang menyaksikannya menarik diri daripada kejohanan dalam dewan WTA di Linz, Austria.

    Pemenang lima gelaran Grand Slam itu menarik diri daripada kejohanan di Austria minggu lalu namun menyatakan dia boleh bermain di Luxembourg yang bermula Isnin ini, sekalipun fokus utamanya adalah untuk sihat sepenuhnya bagi musim 2020.

    “Saya di landasan yang baik ketika ini,” kata Maria, perlawanan terakhirnya tumpas di tangan Serena Williams pada pusingan pertama Terbuka AS. “Saya melakukan semua perkara yang betul, tapi saya mungkin memerlukan sedikit masa lagi.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda