Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    MARii bangunkan alat penjarakan sosial automatik

    KUALA LUMPUR, 29 JUN – Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah  membangunkan peranti penjarakan sosial automatik berasaskan teknologi bluetooth yang dikenali sebagai   MARii Tracker bagi menguruskan pandemik dengan lebih baik di semua peringkat ekonomi seperti kilang, pusat runcit mahupun terminal lapangan terbang.

    Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif MARii Datuk Madani Sahari berkata meskipun gangguan kepada operasi masih menjadi kemungkinan di masa hadapan, sistem itu memberikan dimensi baharu kepada pengurusan kesihatan yang sebelum ini tidak wujud bagi pemilik perniagaan dan pihak berkuasa.

    MARii Tracker adalah satu penyelesaian lengkap untuk pengesanan kontak, pematuhan penjarakan sosial dan pengesanan lokasi dalam premis perniagaan, menurut agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

    Ia merupakan alat yang mengesan pergerakan individu di dalam premis perniagaan dan menyimpan maklumat kontak rapat, rekod pekerja, maklumat rantaian bekalan dan Prosedur Operasi Standard (SOP), semuanya dalam masa sebenar dan dalam talian, katanya.

    Keupayaan MARii Tracker ini dilakukan menggunakan peranti bluetooth bersaiz kecil yang dipaut pada tali pinggang atau diletakkan di dalam poket pekerja dan ia akan mengeluarkan bunyi penggera bagi memaklumkan pekerja bahawa dua atau lebih peranti berada kurang dari satu meter antara satu sama lain, yang menandakan SOP tidak dipatuhi. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda