Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Marilah menderma darah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 FEB – Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan pada masa ini masih mengalami bekalan darah rendah bagi kumpulan darah khususnya O positif, A positif dan AB positif dan menyarankan orang ramai untuk tampil menderma darah bagi menampung permintaan pemindahan darah pesakit-pesakit di semua hospital kerajaan.

    Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa kempen derma darah akan diadakan pada 4 Mac depan di Knowlegde Hub, Anggerek Desa, Taman Teknologi anjuran The Bruneian, yang akan berlangsung dari 10 pagi hingga 3 petang.

    Pada 6 Mac pula, kempen akan dianjurkan oleh UNICORP Sdn Bhd di premisnya di Lot 64, Perindustrian Beribi II juga dari 10 pagi hingga 3 petang.

    Orang ramai yang berhasrat untuk menderma darah diingatkan untuk mengimbas kod QR dan mengamalkan penjarakan sosial di tempat-tempat kempen derma darah diadakan.

    Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan bagi mengadakan kempen derma darah, sila hubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 sambungan 5745/6001/6002 atau e-mel kepada bloodbank@moh.gov.bn dan ikuti Pusat Pendermaan Darah di Instagram dan Facebook (@bloodbank.ripas).

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda