Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Marin Korea Selatan ditahan cuba memasuki Ukraine

    SEOUL, 25 APRIL – Seorang petugas Marin Korea Selatan yang membuat perjalanan ke luar negara tanpa kebenaran telah dilaporkan atas percubaan memasuki Ukraine telah ditangkap setibanya dia di tanah air berkenaan, kata tentera Seoul hari ini.

    Anggota tentera itu, yang identitinya dirahsiakan, meninggalkan Korea Selatan tanpa kebenaran semasa bertugas pada 21 Mac lalu, kata Kor Marin dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa dia telah ditangkap serta-merta selepas pulang ke rumah.

    Korea Selatan melarang warganya daripada melancong ke Ukraine sejurus sebelum konflik meletus tahun ini, memetik kebimbangan keselamatan.

    Anggota kerahan yang bertugas khususnya dilarang daripada melakukan mana-mana perjalanan ke luar negara tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dan keluar tanpa kebenaran dianggap melarikan diri, yang merupakan jenayah yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda