Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Marin temui rentak semula

    KUALA LUMPUR, 28 JUN – Juara dunia tiga kali dan bekas juara Olimpik, Carolina Marin berada di landasan yang tepat untuk kembali menjadi pencabar memburu gelaran meskipun belum pulih sepenuhnya selepas menjalani pembedahan lutut.

    Kejohanan Terbuka Malaysia 2022 adalah kejohanan keempat disertainya selepas meraih gelaran keenam Kejohanan Eropah pada April lalu, setelah hampir setahun tidak beraksi akibat kecederaan dialaminya.

    Atlet dari Sepanyol yang kini berada di ranking kelima dunia, memerlukan 42 minit sebelum menyingkirkan pemain di ranking ke-45 dari Perancis, Qi Xuefei dengan keputusan 21-7, 21-16 pada perlawanan pusingan pertama perseorangan wanita di Arena Axiata, Bukit Jalil, hari ini.

    Ketika ditemui pemberita, Marin berkata beliau gembira dengan prestasi dipamerkan khususnya peningkatan daripada segi perasaan ketika dalam gelanggang dan pergerakannya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...