Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mario Draghi letak jawatan

    ROM, 21 JULAI – Perdana Menteri Itali, Mario Draghi telah meletak jawatan selepas kerajaan campurannya tumbang hari ini.

    Perkara itu telah dimaklumkan kepada Presiden Itali, Sergio Mattarella.

    Parlimen Itali dijangka dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya awal selepas tiga parti yang membentuk kerajaan campuran, liga sayap kanan Matteo Salvini, Forza Italia (FI) parti bekas perdana menteri, Silvio Berlusconi dan Gerakan 5 Bintang (M5S), gagal mempertahankan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri itu kelmarin, lapor agensi berita Itali (ANSA).

    Pejabat presiden memaklumkan, sehingga pilihan raya diadakan kerajaan sedia ada akan memangku jawatan pentadbiran.

    Draghi mengucapkan terima kasih kepada ahli parlimen yang hadir, kebanyakannya menyokong kerajaan pimpinannya sehingga mampu bertahan selama setahun setengah.

    “Terima kasih atas semua komitmen yang telah diberikan selama ini,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda