Thursday, December 5, 2024
30 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maritah ke LLRC dibuka selama 6 hari

    Oleh Daniel Lim –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 DIS – Sebagai sebahagian daripada Festival Disember Brunei 2024, kawasan sekitar Kelab Rekreasi Liang Lumut (LLRC) dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik apabila penduduk setempat berkumpul untuk menghadiri edisi ke-8 Maritah ke LLRC yang diadakan kelmarin.

    Majlis perasmian tersebut disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Awang Mohammad Yusree bin Haji Junaidi.

    Dalam ucapan pembukaan, Pengurus Besar LLRC, Haji Abdul Ghani bin DSLJ Haji Mohd Salleh, menjelaskan bahawa acara itu telah diadakan setiap tahun selama lapan tahun berturut-turut. Tujuan acara itu diadakan adalah untuk memeriahkan cuti sekolah sempena Festival Disember Brunei 2024, serta memberi peluang kepada pengunjung untuk meneroka kawasan LLRC dan menikmati pelbagai produk tempatan yang dihasilkan oleh
    usahawan dan perniagaan tempatan.

    “Antara aktiviti yang akan diadakan sepanjang enam hari ini termasuk aktiviti di taman air, bubble balloons, go-kart, acara sukan dan persembahan-persembahan menarik,” ujar Haji Abdul Ghani dalam ucapannya.

    Acara diteruskan dengan menjemput Awang Mohammad Yusree ke pentas untuk merasmikan Maritah ke LLRC dan seterusnya melakukan lawatan di petak jualan untuk bertemu dengan para peniaga.

    Edisi ke-8 Maritah ke LLRC itu akan berlangsung setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan akan berakhir pada 8 Disember.

    Awang Mohammad Yusree melawat beberapa petak jualan semasa hari pertama pembukaan majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Antara persembahan yang diadakan sebagai sebahagian daripada perasmian majlis tersebut. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda