Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Mark Adam akui nyanyian terjejas kesan COVID-19

    Dijangkiti virus COVID-19 akhir Disember lalu, penyanyi Mark Adam mengakui dirinya sedikit trauma biarpun sudah bebas sepenuhnya daripada wabak berkenaan.

    Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam Abdullah, 43, juga memberitahu kesan jangkitan itu juga menyebabkan nyanyiannya sedikit terganggu.

    “Setiap kali periksa tahap oksigen saya akan rasa trauma dan paranoid.

    “Tidak dinafikan COVID-19 sedikit mengganggu teknik nyanyian saya. Ada rasa sakit sedikit ketika menyanyi.

    “Bagaimanapun saya ada kawan dalam bidang perubatan yang menasihati supaya rajin bersenam,” ujarnya kepada mStar.

    Penyanyi Mark Adam mengakui dirinya sedikit trauma biarpun sudah bebas sepenuhnya daripada wabak COVID-19. – Agensi

    Mark Adam ditemui selepas program akhir Hijrahkan Laguku yang bersiaran secara langsung di Studio Penyiaran Digital, TV Al Hijrah, Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

    Malam kemuncak itu menyaksikan Shahir Zawawi muncul juara dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000.

    Manakala Datuk Nash, Mark Adam dan Iwan Syahman membawa pulang wang tunai RM20,000 setiap seorang.

    Sementara itu, Mark yang juga pelakon drama Keluarga Baha Don ini mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati daripada dijangkiti virus berkenaan.

    “Dari mana dijangkiti, saya sendiri tidak tahu. Dua hari sebelum terkena, saya ada mengikuti misi bantuan banjir, namun saya tidak pasti adakah dari situ.

    “Kita perlu sentiasa berjaga-jaga. Syukur saya dan isteri kini semuanya sudah kembali sihat,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...