Tuesday, February 11, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mark Ruffalo bidas Donald Trump, isu Palestin

    Kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk mengambil alih Gaza dan memindahkan rakyat Palestin secara kekal dari wilayah yang dilanda perang itu ke negara Asia Barat lain baru-baru ini telah mencetuskan kemarahan ramai.

    Bintang Hulk, Mark Ruffalo, 57, turut membantah idea gila menerusi hantaran di akaun X dan menyifatkan cadangan itu sebagai usaha Trump untuk melakukan pembersihan etnik.

    “Kita perlu terus terang menentang rancangan Trump di Gaza. Dia menyeru pembersihan etnik,” tulisnya.

    Ruffalo juga menyeru Kongres AS untuk bertindak tegas terhadap kenyataan tersebut.

    “Kongres mesti tegas terhadap tuntutannya untuk jenayah perang,” ujarnya.

    Bukan itu sahaja, bapa kepada tiga orang cahaya mata itu turut membidas pandangan pegawai Utusan Khas Timur Tengah, Steven Witkoff yang berpendapat rakyat Palestin boleh hidup dalam keamanan, walaupun tidak di tanah mereka berbanding hidup di dalam khemah di Gaza dalam satu temu bual.

    “Kamu tidak berperasaan. Mengapa awda tidak bertanya kepada rakyat Palestin apa yang mereka mahu lakukan dan di mana mereka mahu tinggal. Mereka bukan lembu yang anda pindahkan ke sana sini,” bidasnya.

    Sejak awal konflik melibatkan Palestin dan Zionis itu, Ruffalo adalah antara selebriti Hollywood yang lantang bersuara dan menyatakan sokongan penuh terhadap penduduk di Gaza. – Agensi

    Mark Ruffalo anggap idea pemindahan rakyat Palestin oleh Trump adalah gila. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda